AKU ADALAH AKU

My photo
Segamat, Johor, Malaysia
Aku Cinta Untuk Menulis Bukan Menulis Untuk Cinta

Saturday, 28 January 2012

AMALAN YANG DILAKUKAN ORANG LAIN UNTUK SESEORANG YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA

TERDAPAT BEBERAPA AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH ORANG MASIH HIDUP DI DUNIA BAGI MERINGANKAN AZAB YANG DITANGGUNG OLEH MEREKA YANG SUDAH MENINGGAL,ANTARANYA:

1.ANAK SOLEH YANG BERDOA UNTUK KEDUA IBU BAPANYA
-DARI ABU QATADAH KATANYA:RASULULLAH S.A.W. BERSABDA,"DIANTARA SALAH SATU PERKARA YANG DIANGGAP SEBAIK-BAIK PENINGGALAN SESEORANG SESUDAH MATINYA IALAH ANAK YANG SOLEH YANG SENTIASA BERDOA DAN BERISTIGHFAR UNTUKNYA..."HR IBNU MAJAH DAN AT-TIRMIZI)

2.DOA KEBAJIKAN ORANG LAIN UNTUKNYA
-DARI IBNU UMAR,BAHAWA RASULULLAH S.A.W. BERSABDA,"BARANG SIAPA YANG DIDATANGI SESEORANG MEMOHON SESUATU,HENDAKLAH DIPENUHI HAJATNYA.JIKA KAMU TIDAK MAMPU HENDAKLAH KAMU DOAKAN KEBAJIKAN UNTUKNYA..."(AL-BAIHAQI)

3.DOA MUKMIN KE ATAS SI MATI
-DARI IBNU ABBAS BAHAWA DIA PERNAH MENDENGAR RASULULLAH BERSABDA,"TIDAK ADA SEORANG MUSLIM YANG MATI JENAZAHNYA DISOLATKAN OLEH 40 ORANG,MELAINKAN ALLAH MEMBERI SYAFAAT KE ATAS ROHNYA DISEBABKAN RAMAINYA JUMLAH ORANG BERSOLAT.."(HR MUSLIM,IBNU MAJAH DAN AL-BAIHAQI)

4.SOLAT JENAZAH

5.DOA SELEPAS DIKEBUMIKAN MAYAT

6.MENJELASKAN HUTANG SI MATI
-SABDA RASULULLAH S.A.W.,'SESUNGGUHNYA ROH ORANG MUKMIN ITU AKAN TERGANTUNG DENGAN SEBAB HUTANGNYA,SEHINGGALAH HUTANGNYA DIJELASKAN,"(HR BUKHARI DAN TARMIZI)

No comments: