AKU ADALAH AKU

My photo
Segamat, Johor, Malaysia
Aku Cinta Untuk Menulis Bukan Menulis Untuk Cinta

Sunday, 29 January 2012

KELEBIHAN SELAWAT

DI DALAM KITABNYA AL-SAFINAH QADIRIYYAH,BELIAU MERIWAYATKAN DARIPADA IBN FARHUN BERKATA,"BERSELAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W. MEMPUNYAI EMPAT PULUH DUA KELEBIHAN."HAL INI TERTULIS DI DALAM KITABNYA HADAIQ AL-ANWAR:

1.MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH S.W.T.

2.BERSAMA DENGAN SELAWAT ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH

3.BERSAMA DENGAN SELAWAT PARA MALAIKAT

4.MENDAPAT GANJARAN SEPULUH KALI SELAWAT DARIPADA ALLAH ATAS SETIAP KALI SELAWAT YANG DIUCAPKAN(SELAWAT DARIPADA ALLAH BERERTI RAHMAT)

5.DIKURNIAKAN OLEH ALLAH S.W.T. SEPULUH DARJAT ATAS TIAP-TIAP SATU SELAWAT

6.DITULISKAN MALAIKAT SEPULUH KEBAIKAN ATAS SETIAP SELAWAT

7.DIHAPUSKAN OLEH ALLAH SEPULUH KEJAHATAN ATAS SETIAP SELAWAT

8.SEGALA DOA AKAN DIPERKENANKAN ALLAH

9.MENDAPAT SYAFAAT DARIPADA RASULULLAH S.A.W.

10.MENDAPAT KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH SERTA DITUTUP SEGALA KEAIBAN

11.ALLAH AKAN MENUTUP SEGALA DUKACITA

12.DIKURNIAKAN MAQAM HAMPIR KEPADA RASULULLAH S.A.W.

13.MENDAPAT DARJAT AS-SIDQ

14.DITUNAIKAN SEGALA HAJAT

15.SELAMAT SEJAHTERA PADA HARI KIAMAT

16.ALLAH S.W.T. DAN PARA MALAIKAT AKAN BERSELAWAT KE ATAS ORANG YANG BERSELAWAT

17.MENDAPAT KHABAR GEMBIRA DARIPADA ALLAH S.W.T DENGAN GANJARAN SYURGA

18.SELAWAT SEJAHTERA PADA HURU-HARA KIAMAT

19.RASULULLAH AKAN MENJAWAB SECARA LANGSUNG KE ATAS SETIAP SELAWAT YANG DIBACAKAN

20.MUDAH MENGINGATI SEMULA PERKARA-PERKARA YANG LUPA

21.MENDAPATKAN KEDUDUKAN YANG BAIK PADA HARI KIAMAT SERTA TIDAK AKAN KECEWA PADA HARI ITU

22.TIDAK AKAN MERASAI FAKIR

23.TERPELIHARA DARIPADA DIHINGGAPI SIFAT BAKHIL

24.MENDAPAT KESEJAHTERAAN DARIPADA DOA RASULULLAH S.A.W. KEPADA YANG BERSELAWAT

25.SELAWAT AKAN MENJEMPUT PENGUCAPNYA KE JALAN SYURGA

26.MENJAUHKAN SESEORANG ITU DARIPADA TERLIBAT DALAM MAJLIS-MAJLIS YANG TIDAK DISEBUT ALLAH DAN RASUL NYA ATAU DARIPADA MAJLIS-MAJLIS LAGHA(MELALAIKAN)

27.BERSELAWAT MENYEMPURNAKAN KALAM PUJIAN ALLAH APABILA DISEBUT ALHAMDULILLAHI RABBIL ALAMIN(DI DALAM DOA),MAKA AKAN DISAMBUT SELEPAS ITU DENGAN SELAWAT KE ATAS RASULULLAH

28.SELAWAT MELINTASI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM PADA HARI KIAMAT

29.TERPELIHARA DARI SIFAT KASAR DAN GELOJOH

30.DISAMBUT OLEH ALLAH PADA HARI KIAMAT DENGAN KATA-KATA PUJIAN YANG LUNAK

31.MENDAPAT BALASAN YANG LUAS DARIPADA ALLAH

32.MENDAPAT KEBERKATAN DARIPADA ALLAH

33.MENDAPAT KESEMPURNAAN IMAN

34.KASIH DAN CINTA KEPADA RASULULLAH S.A.W.

35.MENDAPAT HIDAYAH DARIPADA ALLAH

36.SETIAP SELAWAT YANG DIBACA AKAN DIBENTANGKAN DI HADAPAN RASULULLAH S.A.W. SECARA LANGSUNG

37.TEGUH PENDIRIAN DENGAN KEBENARAN

38.BESELAWAT BERERTI KITA MENUNAIKAN SEBAHAGIAN DARIPADA HAK-HAK RASULULLAH  KE ATAS DIRI KITA

39.BERSELAWAT JUGA BERERTI MELENGKAPKAN PENGERTIAN BERDOA DAN MEMOHON KEPADA ALLAH KE ATAS RASULULLAH  DAN KEPADA DIRI SENDIRI

40.BERSELAWAT JUGA BERERTI ZIKRULLAH,BERSYUKUR SERTA MENGIKTIRAF SEGALA NIKMAT YANG DIKURNIAKAN ALLAH S.W.T.

41.ANTARA KELEBIHAN YANG PALING HEBAT KEPADA SETIAP INDIVIDU IALAH AKAN TERJELMA GAMBARAN RASULULLAH S.A.W. DALAM JIWANYA

42.DIKURNIAKAN OLEH ALLAH MAKAM SEORANG SYEIKH DAN MURABBI

No comments: