AKU ADALAH AKU

My photo
Segamat, Johor, Malaysia
Aku Cinta Untuk Menulis Bukan Menulis Untuk Cinta

Monday 2 January 2012

SHILA AMZAH



Siapa  yang tak mengenali artis yang popular dengan lagu Patah Seribu ini???Nur Shahila Binti Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah sudah mempunyai album seawal usia 15 Tahun dengan album yang berjudul (Sha-hila) pada tahun 2005. Beliau yang merupakan anak kepada penyanyi popular  tahun 80-an iaitu ND Lala kini sedang meningkat naik namanya.Beliau mula dikenali sejak menjadi naib juara rancangan realiti One In A Million(OIAM) musim ke-2.Namun bakatnya mulai diperakui apabila diberi kepercayaan untuk bergandingan dengan dua orang penyanyi hebat tanah  air iaitu Jacylin Victor dan Ning Baizura dalam album 3 SUARA yang menampakkan sisi lainnya.Melalui album itu juga telah menunjukkan kematangan dalam vokalnya.Bintangnya makin terserlah apabila mencipta sendiri sebuah lagu yang bertajuk Patah Seribu.Dia telah membuktikan bahawa dirinya adalah seorang anak seni yang bersungguh-sungguh mahu berjaya dan bukanlah hanya si kerdil yang hanya dipandang sepi.Beliau mempunyai peluang yang cerah untuk menjadi salah seorang penyanyi wanita hebat di dalam dunia hiburan tempatan sekiranya bijak mengambil peluang yang terbentang dan tidak tersilap dalam mengatur langkah.Kekuatan beliau adalah pada vokal yang sesuai untuk membawakan lagu-lagu bergenre balada dan pop rock kerana mampu menyanyikan lagu bernada tinggi dan rendah.Dengan sifat yang mudah mesra dan tidak pernah mempunyai kontroversi murahan mampu menjadikan beliau seorang penyanyi hebat seperti Dato' Siti Nurhaliza suatu hari nanti

No comments: